Pages

Saturday, December 27, 2008

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: 'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.' Sabda baginda lagi; 'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.' Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, ' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'
Read more >>

Monday, October 13, 2008

PERJUANGAN MAHASISWA PROGRESIF: DULU, KINI DAN MASA DEPAN

Dunia mahasiswa adalah dunia yang penuh disaluti dengan sifat romantis dan konflik. Disebalik tugas mahasiswa menelaah pelajaran, aktiviti luar kampus mahasiswa akan membuktikan tahap kematangan dan kedewasaan mahasiswa dalam wacana intelektual, nasib dan isu kemasyarakatan, politik, kesenian, kebudayaan, keagamaan, bermuamalat dan berekonomi. Atau pun mahasiswa lebih selesa dengan dunia remaja yang khayali pro negatif sementara menunggu dunia kiamat.
Kampus Negara: http://kampusnegara.net/ [Himpunan Suara Mahsiswa Malaysia & Dari Kampus ke Lapangan Umat]
Mahasiswa progresif(MP) adalah mahasiswa yang aktif, penggerak dan peneraju panji-panji tenaga-idea aktiviti kampus, dan prihatin terhadap persekitaran masyarakat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sama ada peringkat nasional atau internasional.
Ujaran daripada Dato Seri[dulunya saudara] Anwar Ibrahim yang dianggap idola gerakan pelajar di atas memberi satu gambaran betapa besar risikonya menjadi mahasiswa progresif yang ‘radikal’ dalam politik. Risiko inilah yang diambil oleh MP dan sukar untuk diterima oleh mahasiswa pasif.
MP adalah golongan minoriti di kalangan ribuan mahasiswa yang terlena sebagai ulat buku sepenuh masa yang bertapa di labrary dan rumah sewa serta kolej, pemabuk hedonisme, pejiwang terlampau, perayau malam dan ‘anjing-anjing’ kemalasan yang lepak, tidur, bervideo games, makan, berak, bersikap pasif dan berbudaya ‘bersenangan’ di rumah sewa atau kolej. Itulah kelainan MP dengan mahasiswa lain yang selesa dengan hidup mencari ilmu tanpa roh dan praktikal, ingin cari kerja atau impiana khayali yang negatif dan ianya jelas berbeda dengan MP yang berteras gerak kerja yang amali, berketrampilan, motivasi kendiri, dan keluasan jaringan pengaruh.

CABARAN MAHASISWA PROGRESIF

Aktiviti Mahasiswa Progresif (MP) lebih terserlah dalam bidang politik nasional atau kampus berbanding aktiviti perekonomian atau sosial mereka. Pembicaraan mahasiswa dan politik sengaja diperbesarkan sehingga menenggelami isu lain kerana isu politik ini melibatkan pemilik kuasa yang bimbang dicabar atau digugat oleh anak seluang yang baru belajar berenang di kancah politik. Pemilik kuasa iaitu kerajaan dan penguasa varsiti sangat membimbangi pengaruh anak seluang ini mempengaruhi atau membangkitkan kesedaran rakyat dan mahasiswa atas pengalaman pemilik kuasa pada tahun 1970an dan rakan-rakan pemilik kuasa di luar negara yang tumbang dek kelantangan suara mahasiswa progresif seperti yang berlaku di Indonesia. Tradisi mencabar ini dibimbangi akan menjejaskan periuk nasi politik dan ditakuti juga mengempiskan kebuncitan ekonomi kaum pemodal.

Kewujudan MP disebabkan tekanan dalaman dan luaran kampus, kesedaran dan peka terhadap nasib bangsa, keinginan mengunakan keupayaan, potensi diri dan peluang di varsiti untuk berpolitik, berekonomi dan bersosial dengan masyarakat atau sesama pelajar (inter-kampus). Maka muncul mahasiswa progresif dalam politik dan ekonomi melalui kewujudan usahawan kampus, solidariti mahasiswa memperjuangkan hak asasi dan sasterawan kampus, contoh. MP juga adalah manifestasi sikap anak muda yang memberontak, terburu-buru, emosi dan romantis. Ruang istimewa di varsiti dan desakan persekitaran masyarakat membolehkan peneluran sifat kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam sesuatu lapangan. MP sanggup merubah zaman, MP bersemangat ‘lawan tetap lawan’, MP sanggup menongkah arus dan berani gagal. Begitulah azam dan semangat golongan MP.

Perjuangan MP adalah perjuangan anak muda yang ingin mengubah dan mencabar sesuatu sistem. Sistem yang teguh ingin ditelusi oleh MP yang hingusan agak khayali untuk dicapai di alam realiti. Reformasi yang diingini sungguh ‘mustahil tetapi tidak mustahil’ ini perlukan kerjasama rakyat untuk menjayakannya. Hayatilah serangkap sajak Rendra bagi sesiapa yang ingin mencabar sistem yang berkuasa membuat segalanya kecuali menjadi tuhan ini.
apa disangka kentut bisa mengganti rasa keadilan ?di negeri ini hak asasi dikurangi justru untuk membela yang mapan dan kaya buruh, tani, nelayan, wartawan dan mahasiswa dibikin tidak berdaya
Rendra....
Justeru, bagi merealisasikan impiana yang khayali ini, MP perlukan satu proses pengkaderan yang mantap dan berterusan. Kader-kader ini perlu bertebaran segenap ceruk masyarakat dan organisasi termasuk kerajaan, seterusnya menyerap dan mengubah dari dalaman dengan penjernihan akhlak dan tauhid secara evolusi dan ketika itu juga rakan-rakan diluar secara berterusan melawan sistem yang korup itu. Sabar dalam perjuangan, itulah ungkapan bagi sesiapa yang ingin mengubah sistem.

Mahasiswa Progresif: Satu Perjuangan

Dalam konteks Malaysia, perjuangan Mahasiswa Progresif(MP) dibahagikan beberapa pendekatan dan aliran. Dimulai dengan isu kebajikan dan kebudayaan pada era 1960an, aliran sosialis, nasionalis dan nasionalis Islamis pada era 1970an, Islamis tulen pada tahun 1980an dan 1990an dan kini ‘Islam bersama hadhari’ pada tahun 2000an. Walapun perjuangan MP adalah perjuangan sekelompok mahasiswa tetapi perjuangan ini boleh merebak pengaruhnya di kalangan mahasiswa lain kerana mereka adalah golongan berpengaruh dan aktif di varsiti. Perjuangan yang dilihat sebagai plural ini mempunyai persamaan yang paling ketara kerana digerakkan oleh golongan yang sama tetapi berbeda aliran dan pendekatan iaitu Mahasiswa Progresif.

Peralihan ke arah mahasiswa bersama masyarakat mula memutik pada akhir 1960. Pada ketika inilah golongan sosialis melalui Kelab Sosialis Universiti Malaya telah berperanan sebagai jurubicara masyarakat. Watak utama perjuangan rakyat ini adalah Syed Hamid Ali dan Sanusi Osman. Merekalah yang mengoncangkan negara dengan berdemonstrasi di Teluk Gong setelah penangkapan wira pejuang tanah untuk rakyat, Hamid Tuah. Syed Hamid Ali sekali lagi mengetarkan lutut pemilik kuasa apabila terlibat dalam demonstrasi rapat umum pilihan raya 1969. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya(PMUM) telah memberi bantuan berbentuk tenaga kerja dan peralatan seperti bas PMUM untuk gerak kerja parti pembangkang. Apabila Tunku Abdul Rahman menuduh mahasiswa terlibat membantu pembangkang dan tuduhan disambut dengan ajakan berdebat oleh Syed Hamid Ali mewakili pelajar dengan Tunku. Ajakan ini menyebabkan Tunku mengubah kenyataannya di dada akhbar. Begitulah perkasanya suara mahasiswa pada masa silam.

Butir permata gerakan pelajar terus bergemerlapan apabila munculnya tokoh idola paling berpengaruh dalam gerakan pelajar dan politik negara ini iaitu Saudara Anwar Ibrahim, seorang jurubicara ummat melalui suara hati nurani rakyat. Tokoh nasionalis-Islamis ini telah bekerjasama dengan ultranasionalis Melayu, Dr. Mahathir Mohammad yang berideakan ‘dilema Melayu’ telah mengoncang kestabilan kerajaan Tunku. Desakan kedua-dua ‘kekasih’ ini menyebabkan Tunku ‘mati pucuk’ untuk mentadbir dan menyerahkan kuasa kepada rejim Tun Razak. Anwar Ibrahim melalui Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) berterusan menyerang kerajaan dan penguasa universiti di bawah pimpinan Ungku Aziz terutamanya isu bahasa dan isu nasib pelajar Melayu. Kebangkitan pelajar Islam mulai berputik pada awal tahun 1970an semasa PKPIM memimpin demonstrasi rakyat Pathani sempena lawatan Perdana Menteri Thai, pada ketika inilah Aziz Deraman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekarang telah ditahan polis.

Sementara itu, Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM juga aktif memperjuangkan isu rakyat marhaen dan antarabangsa. Tokoh sosialis yang bersuara lantang dan tidak peka agama adalah Hishamuddin Rais dan Kamarazaman Yaacob. Hishamuddin Rais yang berjiwa romantis dan tergesa-gesa ini telah berjuang bersama rakyat di Tasik Utara. Kesepaduan pelajar nasionalis-Islamis dengan pelajar Sosialis terjelma apabila mahasiswa bersatu dalam isu kemiskinan rakyat Baling. Demontrasi raksasa ini dipimpin oleh Anwar Ibrahim selaku Presiden Majlis Belia Malaysia menyebabkan AUKU telah dipertegaskan oleh ‘kekasih’ Anwar, Dr. Mahathir di Dewan Rakyat. AUKU 1975 yang dipertegaskan ini dikatakan punca kemandulan gerakan pelajar pada masa kini. Pada masa ini juga munculnya Ibrahim Ali (wakil PKPIM dan YDP Kesatuan Siswa ITM [KSITM]) yang turut membantu Anwar memanaskan suasana demonstrasi.

Selepas peristiwa Baling, dunia mahasiswa bagaikan tidak beraliran. Sebenarnya, gerakan pelajar mula dikuasai oleh pelajar nasionalis yang pro HEP dan pembodek kerajaan. Aktiviti lebih kepada kebudayaan, hiburan, kebajikan dan kemasyarakatan sehingga muncul istilah Bakti Siswa dan OPKIM yang begitu popular. Dalam masa inilah PMIUM dibawah pengaruh ABIM-PKPIM mula dianaktirikan menyebabkan mereka ini bercita-cita menguasai PMUM [golongan Islamis cuba menguasai kampus kerana hak autonomi persatuan seperti kebebasan melaksanakan program dan hak pemilikan harta benda termasuk dana kewangan telah diletak di bawah HEP dan HEP hanya mengiktiraf PMUM sebagai satu-satunya kuasa yang boleh mentadbir aktiviti pelajar secara umum]. Syed Dawilah al Edrus yang memimpin PMIUM memulakan langkah tetapi hanya menang dua kerusi. PMIUM hanya boleh berkuasa pada tahun 1979 dengan mendapat kerusi sama jumlahnya dengan pelajar nasionalis. Kebertuahan pelajar nasionalis-Islamis, apabila seorang pelajar neutral telah menarik balik sokongan terhadap pelajar nasionalis. PMUM buat pertama kali dipimpin boleh cahaya Islamis dengan pengaruh ABIM-PKPIM di bawah pimpinan Anual Bakri Haron (kini S.U Menteri Besar Kelantan).

Cahaya Islam terus gemilang di kampus-kampus di tanah air apabila proksi ABIM-PKPIM mula berkuasa di UKM dan UPM. Cahaya ini juga menyinari UTM, ITM (dibawah tokoh kecerahan IKD dan ketua Penerangan Parti Keadilan) dan USM. Walaupun pelajar nasionalis-Islamis berjaya ditumbang pada tahun 1980, pelajar Islam ala ABIM-PKPIM ini bangkit kembali menguasai kampus. Husam Musa selaku Setiausaha Agung PBMUM turut berperanan mendesak dan mengutuk kerajaan dalam isu penghinaan terhadap Islam [dikemuka oleh Tunku dalam kolum mingguannya dan Ketua Pemuda UMNO] manakala Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen UMNO Kemaman) telah memimpin pelajar dalam demonstrasi anti Amerika. Di ITM, ‘Ustaz cerah’ Khalid Jaafar, tokoh pencerah yang elitis pula memimpin demonstrasi di Shah Alam. Pada era 1980an, UKM telah muncul sebagai kem ABIM-PKPIM dibawah kelolaan Mustapha Kamil Ayub. Saudara Mus yang berintelek ini berjaya memimpin beberapa demonstrasi yang mewakili proksi ABIM-PKPIM. Begitulah cerita ringkas gerakan pelajar 1980an yang dianggap zaman kebangkitan semula gerakan pelajar tetapi berteras Islam.

Cahaya Islamis terus mantap apabila pelajar Islam tulen di bawah pengaruh PAS mula mendapat tempat di kampus-kampus terutamanya di Universiti Malaya, UPM dan UKM. Idealis PAS mula digerakkan sejak Anwar Ibrahim memasuki UMNO dibawah kelolaan Tuan Guru Abdul Hadi Awang [beliau merupakan pemidato hebat sama macam Anwar tetapi Anwar lebih popular kerana memdampingi pelajar dan masyarakat sejak akhir 1960an lagi dan Anwar menpunyai jaringan pengaruh yang luwes di arena nasional dan internasional]. Ustaz Zulkifli Yusof buat pertama kali membentuk sebuah forum yang dinamakan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) pada tahun 1986 untuk mengumpul wakil MPP setiap kampus yang terasnya Islamik. Tokoh BBMN yang utama adalah Zulkifli Yusof daripada PMUM (kini pensyarah di APIUM). Saifuddin Nasution daripada PMUPM (naib presiden Parti Keadilan Nasional) dan Idris Ahmad (Timbalan Ketua Pemuda PAS). Perjuangan pelajar Islam tulen sampai kepada klimak apabila ramai pemimpin PMIUM ditahan termasuk dikenakan tahanan ISA pada demontrasi antikonsert Sheila Majid pada tahun 1989.

Era 1990an, bagaikan tiada penentuan kuasa yang tetap dalam politik kampus. Golongan Islamis dan nasionalis bersaing hebat dan saling jatuh menjatuhkan. Sejak kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, sebahagian besar pelajar nasionalis Islamis turut terjun ke dalam dunia nasionalisme yang dirasionalisasi oleh Anwar Ibrahim dan kroni inteklektualnya seperti Ustaz Siddiq Fadil. Walaupun perjuangan pelajar Islam kelihatan sepi, terdapat juga isu panas yang diperjuangkan oleh mereka seperti pengambilan tanah di Pulau Kundor, Melaka.

Sejak Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatan kerajaan, gerakan pelajar kembali bertaut. PKPIM mula bertaut kembali dengan bekerjasama dengan wakil Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang pro PAS. Maka gagahlah pertubuhan pelajar bawah tanah di kampus masing seperti MAMPU di UKM dan GMUM di UM. Peringkat nasional pula, BBMN dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mula melakukan kemunculan semula setelah sepi di pertengahan 1990an. Suara GAMIS kelihatan lantang dibawah pimpinan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Isu Kerinci Link telah membuatkan mahasiswa menghidupkan kembali demonstrasi secara terbuka. Natijahnya, cukup positif apabila Masjid al Rahman masih kelihatan megah pada hari ini [terima kasih Pak Amjal dan rakan-rakannya]. Selain itu, juak yang dianggap luput dan terkubur iaitu juak sosialis mula muncul kembali dengan nama Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Jonah . Bebudak ini diasuh dengan amalan diskusi ideologi dan aksi jalanan oleh mahaguru mereka yang romantis, saudara Hishamuddin Rais. Walau bagaimanapun, aliran ini tidak mendapat tempat di kalangan mahasiswa massa kecuali kaki seni picisan di kampus-kampus .

Episod terakhir keperkasaan mahasiswa adalah penangkapan Fuad Ikhwan, isu majalah Varsity palsu dan pembakaran DTC di UM. Selepas episod ini, satu episod baru yang dinamakan pelajar ‘Islam bersama hadhari’. Suara Mahasiswa Progresif aliran Islamis telah dikasi secara halus menyebabkan pelajar lebih selesa dengan kegiatan Islam bersama hadhari iaitu berdiskusi dengan tajuk yang menyejukkan HEP, aktiviti bertamadun yang sama dengan aktiviti persatuan pelajar yang lain [karnival, riadah dan kauseling pelajar, main masak-masak di ESKUM, contoh]. Manakala pelajar nasionalis pula sudah luntur nasionalisnya. Mereka juga ingin memeriahkan Islam bersama hadhari dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Mereka bukan lagi pelajar nasionalis tulen tetapi pelajar geli (baca; lemah) gemalai dengan seni dan kebudayaan.

Hala Tuju Mahasiswa Progresif: Kini dan Masa Depan.

Pada masa kini, mahasiswa didakwa lembik, ‘mati pucuk’, lesu, pasif dan pelbagai lagi tohmahan yang dilontarkan terhadap mahasiswa. Kita tidak menafikan gejala ini turut membiak dan merebak di kalangan mahasiswa tetapi kita perlulah lebih adil dalam menilai perjuangan pelajar generasi kini dan masa depan berasaskan konteks semasa. Isu kemiskinan orang Melayu, Bahasa Melayu dan pendidikan sebagai contoh telah dicakna [tapi tidak sepenuhnya] oleh kerajaan menyebabkan mahasiswa progresif kekurangan isu untuk ditangani (secara relatifnya, banyak lagi isu yang boleh dihangat selain isu politik. Contoh, isu kemiskinan masyarakat pinggir bandar). Keterlibatan secara aktif dan berlebihan mahasiswa progresif di dalam ranjang politik menyebabkan pihak kerajaan, universiti dan media massa melabel mereka sebagai pro pembangkang. Justeru, satu proses pencambahan minda perlu diadakan untuk menilai dan berdiskusi tentang hala tuju mahasiswa progresif pada masa depan. Mahasiswa Progresif haruslah menyediakan satu pelan induk alternatif agar perjuangan mahasiswa progresif masih lagi relevan dan konsisten dalam menghadapi kedinamikan zaman. Oleh itu beberapa aspek perlu dibahaskan adalah;

a. Mahasiswa Progresif Dan Ideologi

Aliran Islamis dijangka meneruskan keteguhan pengaruhnya di kalangan mahasiswa massa walaupun pelajar Islamis mungkin tidak lagi berkuasa dalam MPP. Gerak kerja golongan pelajar Islamis lebih kepada kerja kendiri dan berkesedaran tinggi serta nekad dan setia terhadap perjuangan Islam berbanding aliran lain yang berhabuan material dan nafsu, dan menyalahi akidah Islam. Walaupun pertempuran ideologi di kalangan mahasiswa kelihatan semakin luntur, ideologi [Islam bukan ideologi tetapi satu ad din, lihat buku karangan Syed Naquib al Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin] masih lagi menjadi elemen penting dalam dasar mahasiswa progresif terutamanya Islam. Kelantangan mahasiswa progresif aliran Islamis lebih berfokus kepada menghidupkan kebenaran, keadilan dan kemurnian Islam. Isu-isu rakyat terutamanya kemiskinan bukan lagi menjadi agenda penting kerana dianggap tugas kerajaan, cuma mahasiswa progresif boleh menjadi pendesak untuk memurnikan dasar-dasar kerajaan agar komitmen kerajaan terus berlangsung. Manakala mahasiswa progresif aliran sosialis dan nasionalis dijangka akan luput kerana mereka kelihatan kebutaan dan tidak ketahuan terhadap ideologi mereka sendiri. Mereka kini semacam melakukan satu proses tranformasi ideologi iaitu ke arah kepentingan material, pangkat dan nama. Perjuangan mereka lebih kepada memenuhi ketiga-tiga unsur tersebut dan menjadi regalia [ini bermakna mereka menjadi alat pihak berkepentingan yang ingin mengekal kuasa bukan pihak memperjuangkan nilai-nilai murni seperti Islam dan kemanusiaan] untuk HEP mendapat keuntungan daripada pemerintah. Mereka kelihatan pro hiburan dan kesenian.

b. Mahasiswa Progresif Dan Ilmu

Mahasiswa dengan ilmu tidak boleh dipisahkan kerana ilmulah tujuan asasi mahasiswa berada di universiti. Iman Ghazali dalam Bidayatul Hidayah menyifatkan tujuan mencari ilmu adalah mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah. Ilmu yang dicari adalah ilmu yang bermanfaat dengan suluhan Al Quran dan Hadis yang akan mencetuskan ketakutan dan pengabdian diri kepada Allah. Orang yang berilmu juga adalah orang yang faham, taat kepada Allah dan beramal dengan ilmu yang di pelajari [Tuan Guru Abdul Hadi Awang]. Oleh sebab itu, sistem ilmu perlu diterbitkan daripada kegiatan akliah yang memerlukan imaginasi untuk menyusun maklumat dalam satu kerangka yang bermakna dan difahami [Anwar Ibrahim]. Sebagai mahasiswa yang berada di lembah keilmuan, peluang mencungkil ilmu di kampus tidak harus dilepaskan. Ilmu bukan sahaja untuk digunakan dalam pekerjaan tetapi dipraktikal dalam kehidupan sehari-harian. Ilmu yang didapati harus menjernihkan minda dengan suluhan dan bimbingan wahyu. Selaku mahasiswa yang berilmu, janganlah mahasiswa mencontohi perangai profesor kangkung yang begitu ramai di kampus dengan sifat mereka yang giat membodek untuk mendapat jawatan pentadbiran [akhirnya mereka berjaya mendapat jawatan TNC dan NC]. Profesor kangkung ini diakui bijak ini sanggup menjual kejujuran intelektual demi kebuncitan perut mereka [walapun mereka sudah boroi]. Mereka sombong dan riak dengan ilmu yang mereka ada, mereka inilah seperti yang dilukiskan oleh Allah sebagai orang berilmu tetapi tidak beramal dengan suluhan wahyu kerana tiada hidayah dan bongkak demi secangkir habuan dunia. Mahasiswa progresif seharusnya berani dengan hujahan ilmu bagi menentang kebathilan dan korupsi. Pembelajaran setiap ilmu hendaklah disuntik dengan roh Islam walaupun ilmu itu adalah fizik, kejuteraan, ekonomi atau sejarah. Serapkan ilmu-ilmu ini dengan suluhan roh Islam dan praktikalkan dalam kehidupan. Barulah mahasiswa progresif dalam merealisasikan apa yang diingini oleh Malek Bennabi, quwwat al ruh wa al-‘aql [kekuatan jiwa dan minda] terjelma kembali di dalam masyarakat kini. Mahasiswa progresif seperti ini akan mempunyai minda qur’ani-rabbani, mereka adalah generasi rabbaniyyin yang terbina tradisi pengajaran dan pemelajaran al kitab [Siddiq Fadil].

c. Mahasiswa Progresif Dan Masyarakat

Mahasiswa progresif perlu mengekalkan mereka sebagai jurubicara masyarakat di kalangan rakyat Malaysia. MP terutamanya beraliran Islamis perlu lebih aktif berperanan dalam isu kemasyarakatan. Di Malaysia, satu kekurangan yang terdapat dalam program Islamisasi ialah langkah-langkah lebih sistematis dan berkesan bagi mengatasi masalah dan penyakit sosial [Mohamad Abu Bakar]. Masalah-masalah seperti pengangguran, keciciran, penyalahgunaan dadah, pelacuran dan seumpamanya lebih didominasi oleh golongan non muslim. Alangkah indah jika mahasiswa progresif terutamanya yang berjiwa Islamis mengambil cakna tentang problem masyarakat ini. Mahasiswa Progresif perlu terjun ke dalam masyarakat tanpa memilih isu-isu popular sahaja. Mahasiswa progresif lebih selesa bermanjaan dengan isu seperti keadilan pilihan raya, isu Anwar Ibrahim, kebebasan media dan AUKU daripada isu-isu terpinggir seperti tekanan jiwa orang tua dan anak yatim, nasib orang Asli yang masih membuang air besar di sebalik pohon lalang dan kemiskinan rakyat di Sik. Ya, memang benar isu nasional mesti diutamakan tetapi isu-isu rakyat marhaen janganlah dikesampingkan. Mungkin agak sukar untuk kita mengatasi permasalahan rakyat marhaen kerana ketiadaan jentera organisai yang benar-benar mantap dan kekurangan dana kewangan tetapi mereka akan berasa puas hati setelah melihat kedatangan anak-anak muda yang bergelar mahasiswa cuba memahami suara hati nurani mereka dan mengambil berat tentang nasib mereka.

d. Mahasiswa Progresif Dalam Aktiviti Kebudayaan.

Mahasiswa perlu menjadi insan atau manusia yang memahami sifat dan kehendak fitrah manusia itu sendiri. Walaupun dunia sekarang mengejar kepentingan material melalui peluang pekerjaan, pembangunan, duit, sains dan bidang teknologi, jiwa insani mereka pada suatu masa nanti akan merasai begitu gersang sehingga berlakunya tekanan psikologi. Akibatnya mereka, pemuja material akan kembali kepada fitrah manusia itu sendiri iaitu agama dan elemen humanisme seperti seni dan budaya. Oleh sebab itu amalan spiritual mula mendapat tempat kembali di kalangan masyarakat Barat yang telah tepu dan mencapai tahap klimak dalam pembangunan material. Mahasiswa progresif seharusnya menjadi manusia nahdah dengan akal bukannya dengan jasad. Manusia nahdah mempunyai kefahaman terhadap seni berhujah dan falsafah, sastera dan muzik. Mereka juga bersifat mutafannin atau renaissane man [manusia pelbagai bidang] yang menjiwai ilmu kemanusiaan dan studi humanitatis [Anwar Ibrahim]. Bagi pelajar aliran Islam, bidang kebudayaan perlu didampingi dan perlu memahami asas pemikiran atau falsafah dan amalan harian setiap aktiviti kebudayaan berasaskan kemanusiaan serta mampu pula mengemukakan perspektif Islam dengan cara yang sebaik-baiknya [M. Salleh Yaapar]. Oleh sebab itu, dalam permasalahan cabang [selagi tidak menyalahi prinsip Islam], mahasiswa progresif terutamanya pelajar Islamis perlu menyediakan alternatif bukan menentang secara semberono aktiviti kebudayaan. Bacaan puisi dan teater boleh dijadikan medium utama untuk berdakwah. Dan bolehlah kita melihat mahasiswa progresif aliran Islamis akan bertempur dengan golongan nasionalis atau sosialis bukannya dalam pilihan raya kampus tetapi di atas ranjang aktiviti kebudayaan.

Rumusan.

1. Mahasiswa Progresif akan terus wujud bagi memperjuangkan isu-isu semasa dengan pendekatan berbeda.
2. Mahasiswa progresif beraliran Islamis akan terus berpengaruh di dalam kampus walaupun golongan Islamis tidak lagi menguasai tampuk MPP.
3. Hala tuju Mahasiswa Progresif memerlukan pengarahan semula agar suara mahasiswa progresif terus relevan disebalik dinamika zaman

hbb...
Read more >>

Friday, October 10, 2008

PUASA 6 DISATUKAN DGN PUASA QADA'

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):


كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . رواه مسلم.


Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
var curDiv = document.getElementById('ln5');

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا . رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ . رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].
3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
PeRsoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا . رواه البخاري
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين
Read more >>

Wednesday, August 27, 2008

APA ERTI TANGISAN INI?

Apa erti tangisan ini??

Jenis-jenis air mata
Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.

”Berkata Salman Al Faarisi r.a..Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis yang tercela dan terpuji.
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Air mata yang tidak di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Tangisan yang memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Dari itu……..Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”
Read more >>









































Read more >>

Friday, August 22, 2008

WAKTU-WAKTU ITU...

WAKTU2 YG B'LALU M'MISAHKAN KITA
KITA D PSAHKAN OLEH CITA2 YG D KJAR B'SAMA
DEMI MENAGIH SEBUAH PENGORBANAN
PENGORBANAN MENUNTUT ILMU ILAHI
MENGEJAR REDHO RABBUL IZZATI...
WAKTU2 M'MISAHKAN KITA
DEMI MENGEJAR IMPIAN UMMAH HARAPAN
BUKAN KILAUAN EMAS DAN PERMATA
JUA BUKAN HARTA BENDA KEMEWAHAN DUNIA
ILMU D DADA ITULAH HARTA B'HARGA
WAKTU2 ITU SEMAKIN HAMPIR MENGEJAR KITA
BEBANAN ITU SEMAKIN HAMPIR T'PIKUL D PUNCAK B'SAMA
HARAPAN YG MENGGUNUNG MENANTI D SANA
KITA SAHUT SERUAN ITU B'SAMA
DEMI DIN AL ISLAM TERCINTA
WAKTU2 ITU AKHIRNYA MENEMUKAN KITA
KITA B'SAMA M'HARUNGI CABARAN MEMIKUL BEBANAN
ALANGKAH MANISNYA IKATAN UKHUWWAH YG T'JALIN
KITA B'TMU DLM SATU WADAH P'JUANGAN
P'JUANGAN MENUNTUT IZZAH KEGEMILANGAN....
OH..YA ALLAH...YA TUHANKU
PELIHARAKANLAH IKATAN UKHUWWAH INI
UTK MEMIKUL AMANAH DAKWAH RASUL TERCINTA
BIARLAH IA T'JALIN KERANA KEBESARANMU
TAMBATAN HATI YG B'GERAK UTK M'JULANG AGAMAMU
N'USAHA M'BAWA RAHMAT ISLAM UTK SEMUA MANUSIA....


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan..
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan...
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan..
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati..
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti..
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai kejayaan..
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga
Read more >>

Tuesday, August 19, 2008

Amanah Itu Berat

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

Tanggungjawab jika dilaksanakan secara kolektif dan penuh keikhlasan akan menerbitkan semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik. Oleh itu tidak dinafikan bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. bukannya mudah. Akan ada kawan dan lawan. Sebagai rakyat pula, kita tentulah berharap agar setiap pemimpin itu akan sentiasa memberikan yang terbaik, bukan membelakangkan kepentingan rakyat. Demikian juga sebagai pemimpin, tidak sepatutnya mereka mementingkan populariti, menceburkan diri dalam arena politik semata-mata untuk menambah harta dan kekayaan peribadi, menggunakan wang dan menyalahgunakan kedudukan politik untuk menarik sokongan. Kuasa yang ada sebenarnya adalah amanah dan hendaklah digunakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat Namun apa yang berlaku ialah tidak semua pemimpin mempunyai keikhlasan dalam memikul tanggungjawab mereka bahkan tidak menyedari tentang beratnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Mereka menjadikan jawatan sebagai batu loncatan untuk menjadi jutawan. Oleh sebab itu janganlah kita merasa hairan apabila ramai yang berani menampilkan diri untuk menjadi pemimpin malah berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin padahal dalam hati mereka sendiri tidak ada keikhlasan. Maka di sinilah pentingnya peranan rakyat dalam memilih bakal pemimpin mereka. Adakah dia benar-benar layak atau sebaliknya kerana jika kita tersilap dalam memilih, padahnya adalah kepada kita sendiri sebagai rakyat dan negara juga akan ditimpa mudharat.hidup biar berjasa..
Read more >>

Dua malaikat...sayangnya ALLAH pada kita


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"
Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasihsayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia
Read more >>

Cinta dan Keimanan

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua hal yang tak dapat dipisahkan. Cinta yang dilandasi iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan sebaliknya cinta yang tidak dilandasi iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana dua sayap burung. Al Ustadz Imam Hasan Al Banna mengatakan bahwa dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan. Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tak lazat tanpa iman. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw: Barang siapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt. (riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah).
Tidak hairan ketika Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah saw hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan. Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada istrinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahwa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan istrinya. Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kaca mata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya demi mempererat kembali cintanya kepada Allah.
Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencinta kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah karena Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya. Bagaimana halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang berpacaran atau sudah bercinta sebelum menikah? Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah karena Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai “si dia lebih dari pada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Dari Anas ra, dari nabi saw, beliau bersabda ertinya
Ada tiga hal dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, yaitu mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api. (HR. Bukhari dan Muslim).
Dari Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda artinya:
Demi zat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, kamu sekalian tidak akan masuk surga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai (HR Muslim)
Read more >>

Friday, August 15, 2008

COUPLING IN ISLAM


Oleh:Hana Ulya bt AhmadKesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)Hmm… sekadar berkongsi ilmu, dah lame rasenyer tak menulis…yangsebenarnya artikel ini pernah diterbitkam dalam majalah Al-Fikr PKPIM-UIAM edisi pertama semester 1 04/05. Sangat istimewa untuk HEWI-HEWIkebanggaan Ilahi…(setelah diedit dan ditambah sedikit sebanyak)Mudah-mudahan tulisan ini mendapat berkat dari-Nya seterusnya mampumemberi manfaat kepada semua yang membacanya. Pertamanya, saya benar-benar tak tahu nak menulis tentang apa…terlintas untuk sengajamenulis sesuatu yang ringan-ringan sahaja kerana saya punya keyakinanyang tinggi, bahawa nanti dalam kolum-kolum yang lain pastinya tajuk-tajuk menekan minda akan diberi perhatian memenuhi ruang. (Perkarabiasalah tue, bila ahli-ahli PKPIM nie mula menulis…)Teringat saya kata-kata seorang sahabat lelaki yang seolah-olah mengomel mungkin tentang betapa malasnya hewi-hewi PKPIM menulis, dan kalau menulis pun kita dikatakan lebih suka menulis tentang isu-isuyang berkisar dengan soal hati-apalagi cintalah tu…Tapi, saya tak fikir begitu(yelah,mungkin kerana saya juga perempuan…), kerana sebagai perempuan saya dapat rasakan yang kaum hawa ini kalau diberi peluang untuk menulis apa yang tertulis itu lebih merupakan luahan isi hati yang tercetus dalam bentuk tulisan. Pernah dengar tak pepatah-perempuan hatinya di mulut, lelaki mulutnya di hati…Haa..sebab itulah wujudnya perbezaan cara berfikir antara lelaki dan perempuan.Bukan itu sebenarnya yang ingin saya bawakan di sini, saya secara tiba-tiba teringat salah seorang pensyarah saya yang saya kira benar-benar layak digelar pensyarah yang punya wibawa dek Izzah(kemuliaan)sebagai seorang Muslim yang dibangganya. Saya sebenarnya sangat bertuah diberi peluang oleh Allah untuk menuntut ilmu dengannya,biarpun beliau sering dikatakan agak `keras dan syadid' dalam bab-bab kasi markah ni (takde la syadid sangat pun, `student'(dengan izin) memang suka melabel-label diaorang punya pensyarah, tetambah pulak kalau si pensyarah tu jenis yang suka bagi markah rendah untuk diaorang, sikit-sikit salah pensyarah jugak kan!) Alhamdulillah!Terkenang semangat juangnya yang membara. buat semangat jihad saya juga makin menyala. Beliau pada saya antara `ansarullah' yang benar-benar bersungguh dalam perjuangan mengangkat kembali martabat agamaIslam dan `izzahnya, sehinggakan saya sendiri berasa tempiasnya.Benar kata beliau, umat Islam hari ini banyak yang lalai dan melupakan ajaran Islam yang hakiki dan kerana itu jugalah umat Islamyang suatu ketika dahulu pernah menguasai 2/3 dunia jadi hina-sehinanya! Bukannya apa, apabila Al-Qur'an dan As-sunnah ditinggalkan, hilanglah sudah `taring' kemuliaan umat Islam.Sahabat-sahabat,kita bertuah sebenarnya bila `terpilih' bersama-sama dengan satu gerakan jemaah yang mendokong pembentukan tamadun khayra ummah.Bersama-sama memerah minda dan keringat demi mencapai misi menggapai redha Ilahi bukanlah satu kerja yang sia-sia andai kita benar-benar ikhlas kerana-Nya. Insya-Allah kawan-kawan, kerja kita tidak sia-sia!Pernah saya ditanya oleh seorang kawan `neutral', katanya apa yangsaya dapat selain penat dan tak cukup rehat? Susah untuk saya terangkan padanya yang dalam kehidupan orang Mukmin tidak ada istilah penat dan rehat. Kata-kata Dr. Rubiah Kulup Hamzah, salah seorang tokoh bahasa negara masih lagi terngiang-ngiang dicuping telingasaya. Katanya, bagi orang Mukmin tidak ada rehat dan kita hanya boleh berehat hanya bila dah sampai ke garisan penamat yakni hari akhirat!Saya benar-benar terasa benarnya kata-kata beliau kerana seingat saya sejak saya bersama-sama dengan PKPIM, dah lama saya tak rasa rehat seperti di zaman-zaman persekolahan dahulu. Rehat yang banyak melalai dan melaghakan biarpun pada zahirnya nampak menyelesakan…Berbalik kembali kepada perjuangan mengangkat `Izzah, banyak sebenarnya peranan yang mampu dimainkan oleh hewi-hewi berjiwa gagah kita. Kalau kita benar-benar mengharapkan, rindu dan yakin dengan janji-janji Allah tentang akan datang suatu ketika nanti umat Islam kembali gah menguasai dunia, kita pasti tak akan rasa gundah biarpun ada ketikanya kita terngadah. Jangan rasa gundah kerana kita sebenarnya golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah. Jadilah peniup obor semangat para pejuang Allah, berikan semangat kepada rakan-rakan dalam barisan, hamparkan segala kekuatan untuk syahidah di jalan Allah, lemparkan segala apa yang termampu demi kebangkitan Islam, namun jangan sekali-kali jadi punca kelalaian rakan sepasukan!-hanya kepada Allah kita berlindung-Tak salah untuk kita tunjukkan contoh terbaik acuan Al-Qur'an dan didikan Nabi tercinta kepada sekalian alam. Bukan untuk riak, tapi kita kan lambang kemuliaan Islam! Mudah-mudahan kita mampu menjadi serikandi kebanggaan agama tercinta! Belajarlah dari tokoh-tokoh sejarah silam kerana dari sejarah kita akan diajar oleh pengalaman yang mendidik jiwa.Apa-apapun, semuanya perlu bermula dari diri kita sendiri…nak angkat imej umat Islam, kita kena perbaiki dahulu imej kita yang saya kira sebenarnya mewakili wajah Islam itu sendiri.Pendek kata, `islah nafsak wad'u ghairak..' Perlu ada rasa kemuliaan dalam diri sendiri, pendek kata jangan rasa rendah diri jadi orang Islam! Kenapa ye orang Islam selalu rasa rendah diri??? Padahal kita disedia seribu satu kemuliaan apabila menyerah diri untuk bersama-sama Islam."Bagi Allah kemuliaan(`izzah) dan bagi Rasul-Nya(kemuliaan) dan bagi orang-orang Mukmin itu(kemuliaan), akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak mengetahui sama sekali".(Al-Munafiqun :8)Bermula dari diri sendiri, tanamkan azam untuk jadi wanita solehah lagi diberkati. Jaga keberkatan sebagai seorang wanita pilihan Allah yang dipilih untuk bersama jemaah…Sekadar coretan tambahan, saya banyak diajar dan ditekankan sejak di Pusat Matrikulasi UIAM lagi yang percintaan yang melalaikan antara lelaki dan perempuan mampu mengurangkan lebih banyak keberkatan yang ada pada diri berbanding menambah keberkatan pada diri. Saya juga pernah diberitahu seorang pensyarah UIA dari Kuliyyah Fiqh dan Usul Fiqh bahawa tidak pernah ada istilah `Islamic coupling' dalam ajaran Islam. Jadi , berhati-hati apabila terjebak dalam mainan perasaan. Jangan kerana turutkan nafsu, kita menghalalkan apa yang tak pernah dihalalkan dalam Islam.Kalau ada yang dah berkenan, risiklah khabar melalui orang pertengahan yang kita yakini kekuatan imannya, ikatlah ikatan dengan tali pertunangan. Itu lebih baik rasanya. Tidakpun banyakkan doa, insya-Allah kalau si dia memang jodoh kita Allah akan permudahkan…INSYA-ALLAH.. yang penting , JAGA KEBERKATAN.Tika bergelar anak, kakak maupun adik kini bantulah keluarga,peliharalah mereka dari azab api neraka. Andai ditakdir suatu hari nanti kita bergelar isteri dan ibu, jadilah isteri dan ibu pemangkin kepada pembentukan ummah yang terbilang. Jadilah serikandi yang sentiasa bersama-sama dalam perjuangan, dan berdoalah sentiasa agar dipilih menjadi bonda kepada para pejuang Ilahi…Dan, sekali lagi kalau nak terpilih jadi bonda-bonda kepada pengangkat kemuliaan Islam, jagalah keberkatan diri. Kalau tak percaya, bacalah kisah-kisah ibunda-ibunda para pejuang Islam. Terlampau banyak kisah yangmenceritakan tentang keberkatanlah jadi punca Allah memilih zuriat mereka sebagai pejuang kebanggaan agama Islam.Akhir kata, panjatkan doa dan tawakkal kepada-Nya, mohon agar sentiasa dipelihara dan diberkati, mohonlah pertolongan-Nya agar kita semakin kuat dalam perjuangan, diberi kembali kemuliaan sebagai seorang Islam dan juga diberi peluang melihat kembali kebangkitan Islam. Dan setidak-tidaknya jika tiada kesempatan menyaksikan kebangkitan Islam, biarlah dari zuriat kita lahirnya pengembali zaman kegemilangan Islam. Insya-Allah! Wallahu'alam.
Read more >>

AKU TINGGALKAN CINTA KRN ALLAH

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah. "I haven't found any entry in Islam that permits what you are doing right now. I have not heard from anyone that love before marriage is permitted. But, I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now." "Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You cannot have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya,dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-mogaAllah sudi maafkan kami. “Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?”
-Mafraq, Jordan.-
Read more >>