Pages

Friday, August 21, 2009

WANITA IBARAT RAMA-RAMA

Lihatlah
rama-rama, ia cantik.
Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita
menjadi suka dan ceria.
Hampir semua orang akan tersenyum melihat
rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.
Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah
tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya.
Lihat apa yang melekat di jari anda,
warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.
Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih
terbuai oleh angin.
Siapa pun yang akan menangkapnya kembali
Tidak tertarik padanya lagi.
Harganya telah tiada untuk dikagumi,
Disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita.
Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun
setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita.

Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah,
apabila corak-corak itu telah pudar, ia tidak dipedulikan lagi.
Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya;
harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen
tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama
terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya.
Dia terpaksa membebaskan
diri daripada kepompong.
Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu.
Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong
Tiada siapa pedulikannya,
malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.
Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.
Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi
sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita
untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.
Sewaktu anda dipuja,
usah terlalu mabuk
sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.
Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu
usah terlalu mudah menyerah
sebab
ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.
Anda tidak muncul sendiri,
sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah
jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar,
indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.
Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan
kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.
Hak anda ialah memelihara kehormatan.
Selama mana anda memelihara
kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik,
sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan,
anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu
dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak
mudah-mudah terbang ke sana sini.
Sebab setiap kali ia mengibarkan
sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.
Namun rama-rama tidak
pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia.
Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh,
anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda.
Semakin sukar anda dimiliki
semakin mahal nilai anda di sisi lelaki.
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi
tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda.
Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan.
Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri,
anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki
anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.
Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang
Read more >>

SALAM RAMADHAN

SALAM RAMADHAN buat sahabat-sahabat yang disayangi. Semoga Ramadhan kali ini memberi kita peluang untuk memperbaiki diri menjadi umat Islam yang taat akan perintahNya dan diharap amalan-amalan yang dirancang dapat dilakukan dengan hati yang ikhlas semata-mata mencari redhaNya dan istiqamah bukan hanya hingga akhir Ramadhan tapi hingga akhir nyawa.
Suka di sini saya berkongsi sedikit pengalaman di malam pertama terawih di masjid Uia. Pada mulanya, taklah ramai sangat yang datang, lama-kelamaan jumlahnya semakin bertambah. Sepanjang berada di sana, saya hanya menjadi pemerhati kerana 'sebab' yang tak dapat dielakkan untuk saya turut sama berjemaah. Namun hati saya berasa puas kerana dapat mendengar suara Imam masjid. Memang menusuk kalbu suaranya, kadang-kadang tu kalau terdengar suara beliau dari bilik mahallah, saya akan cuba 'membuka telinga' untuk mendengarnya. kalau la dapat suami yang suara 'best' camtu, tapi takut tak khusyuk pulak solat.hu3(berangan jap). InsyaAllah..
Kat masjid tingkat 3 tu, saya tengok pelbagai ragam jemaah perempuan yang datang. macam-macam ado..ada yang bawa anak-anak kecil,'baby' pun ada. jadi bila dah ada kanak-kanak dan 'baby' ni tau-tau jela. nangis la.ada 'baby' yang diberi minum dengan botol susu, makan biskut, mainan,beg,macam-macam..awal-awal solat ok lg, pastu mula la sesi menangis.agaknya diorang dah boring kot..teringin jugak nak ambik 'baby' tu, tapi ada 'sister' lain pulak sempat ambik dia dulu. Pastu ada 'baby' lain pulak yang menangis.apa lagi.. ambik jela. mana taknya, waktu ni la boleh hilangkan rasa rindu kat anak buah yang 3 orang tu. Semua laki..tak sabar nak dapat anak buah perempuan pulak.boleh belikan gaun.seronoknya, mentang-mentang la'aunt zura' diorang ni suka 'shopping'..
Bagi saya,menjadi seorang ibu amat susah. mana taknya, kadang-kadang niat nak menunaikan ibadah pun boleh tergugat. Cuba bayangkan kalau si ayah yang membawa anak-anak yang masih kecil ke masjid, agak-agaknya kat mana anak-anak ini diletak dan berapa rakaat je sempat solat. Betapa besar pengorbanan seorang ibu, tak tau lah camne diriku bila dah diberi amanah sebesar ini nanti (berangan lagi)..takutnya, kalau dapat anak laki macam seorang kanak-kanak cina semalam.,fuh..boleh penat dan kena maksimumkan kesabaran yang ada..lompat, lari sana-sini, guling-guling, sepak orang.adoi..semoga saya dapat menjadi lebih matang agar semua ujian yang bakal mendatang dapat dihadapi dengan baik.insyaAllah. Tiba-tiba teringat mak kat kampung yang sedang melayan abang, kakak, kakak ipar dan cucunya yang baru tiba di kampung jam 3pg tadi. Teringin jugak nak balik sambut puasa pertama sekali, tapi banyak kerja yang nak diuruskan di sini. Sabar je, tinggal 3 minggu lagi..
Diharap semoga bulan yang mulia ini menjadi bulan yang penuh keberkatan dariNya. Di sini saya memohon beribu kemaafan jika ada tersalah silap dan terasa sepanjang persahabatan ini sama ada ia disengajakan atau tidak. Semoga ukhuwah ini kekal hingga akhir hayatku. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah ( s.a.w ) telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. – Riwayat oleh Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

azura-11.16am,1 ramadhan 1430
Read more >>