Pages

Friday, September 4, 2009

WARKAH BUAT RAMADHAN…

salam sejahtera selembut sutera seikhlas hati setulus budi buatmu yang bernama Ramadhan.Sekian lamanya ku menanti kehadiranmu untuk ku belai dan merasai ketenangan duduk dipangkuanmu. Kau hadir dengan sebuah senyuman yang cukup menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang senyumanmu itu akan pudar ketika meninggalkanku, aku takut aku tak dapat melayanmu dengan sebaiknya...

Teringat aku pada waktu dulu, aku sering melupai akan dirimu, kehadiranmu tidak ku hiraukan kau dan hari-hari lain sama sahaja bagiku, tapi kau dengan sabar mengunjungiku setiap tahun demi untuk memberiku setitis tinta kebenaran. seringkali aku membiarkanmu sendirian dari awal kedatanganmu sehingga kau pergi meninggalkanku…..

Alangkah ruginya aku kerana membiarkanmu sendirian, sedangkan kau adalah tetamu yang paling istimewa buat diriku. Kini aku sedar kewujudanmu terlalu amat penting buat diriku sebagai manusia dan hamba kepada yang Esa. Lalu setiap kali kau akan datang aku akan menunggu dengan penuh debaran, penuh pengharapan, ya harapan untuk melalui hari-hari bersamamu dengan penuh pengisian. Kehadiranmu kali ini tidak kupersiakan, setiap malam aku bersamamu untuk berterawih dan bertadarrus, bertahajjud, berzikir,bermunajat dan beristighfar.

Setiap hari ku perbanyakkan amalan sunat supaya aku dapat mencari keredhaanNya. ternyata kehadiranmu memberi erti yang amat bermakna buat diriku.
kau telah mentarbiah, mendidik, membimbing, memimpin aku untuk menjadi insan yang soleh dan solehah... terima kasih kuucapkan kerana membawa aku dekat pada Allah swt. InsyaAllah aku akan tetap bersamamu untuk mengadap yang Kuasa, menyatakan kesyukuran diatas nikmat pemberian.

ku harap kau tidak lagi bersedih dengan sikapku, maafkan aku diatas kesilapan yang lalu, doamu telah termakbul untuk melihatku kembali sebagai seorang hamba yang taat pada Allah.
sebelum berpisah ku harap kita akan terus dipertemukan oleh yang Maha Esa untuk kita bersama berjuang menuju keredhaan dan mencari cinta kasih dari Allah swt dan untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan didunia dan akhirat.
Jazakallahukhairan khasira...wassalam


salam mujahdah bil iman wat taqwa…
barakallahu fiikum..
RAMADHAN KAREEM…!!!
Read more >>

ahlan ya ramadhan

Ibn Al-Jauzi ra berkata “tiada tolok banding antara bulan Ramadhan dgn bulan-bulan lain. Kelebihan bulan ini tidak pernah diberikan kepada selain umat Muhammmad saw dahulu hingga kini. Segala dosa yang dilakukan pd bulan ini pasti terampun. Setiap amal soleh pasti diberi ganjaran. Golongan beriman pasti gembira pd bulan ini, manakala syaitan dijadikan sebagai sembahan dirantai, bahkan segala bebanan dosa akan terhapus.”
PERSEDIAAN BERTEMU RAMADHAN...
1.Berdoa agar dpt bertemu Ramadhan dan bertaubat menyerahkan diri pd Allah
2 Berazam memanfaatkan Ramadhan kali ini dgn sungguh2
3.Berdoa moga ramadhan kali ini meninggalkan kesan kebaikan pd iman
4.Membuat perubahan diri ke arah kebaikan
5.Banyakkan doa khususnya pd waktu afdhal dan mustajab doa
6.Meninggalkan akhlak dan sikap mazmumah
7.Memohon keampunan Allah

Sabda Rasulullah saw “telah datang kpdmu Ramadhan, bulan yg diberkati. Allah mewajibkan puasa pdnya. Pd bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat, terdapat satu malam yg lebih baik dr 1000 bulan. Barangsiapa yg tidak memperoleh kebaikannya maka ia tidak memeperoleh apa-apa…

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syahrul siam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakabbir

Ramadhan
syahrul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud pada
Ar-Rahman

Ramadhan
syahrul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syahrul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya
Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi pinjamanku…
Read more >>