Pages

Friday, September 4, 2009

WARKAH BUAT RAMADHAN…

salam sejahtera selembut sutera seikhlas hati setulus budi buatmu yang bernama Ramadhan.Sekian lamanya ku menanti kehadiranmu untuk ku belai dan merasai ketenangan duduk dipangkuanmu. Kau hadir dengan sebuah senyuman yang cukup menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang senyumanmu itu akan pudar ketika meninggalkanku, aku takut aku tak dapat melayanmu dengan sebaiknya...

Teringat aku pada waktu dulu, aku sering melupai akan dirimu, kehadiranmu tidak ku hiraukan kau dan hari-hari lain sama sahaja bagiku, tapi kau dengan sabar mengunjungiku setiap tahun demi untuk memberiku setitis tinta kebenaran. seringkali aku membiarkanmu sendirian dari awal kedatanganmu sehingga kau pergi meninggalkanku…..

Alangkah ruginya aku kerana membiarkanmu sendirian, sedangkan kau adalah tetamu yang paling istimewa buat diriku. Kini aku sedar kewujudanmu terlalu amat penting buat diriku sebagai manusia dan hamba kepada yang Esa. Lalu setiap kali kau akan datang aku akan menunggu dengan penuh debaran, penuh pengharapan, ya harapan untuk melalui hari-hari bersamamu dengan penuh pengisian. Kehadiranmu kali ini tidak kupersiakan, setiap malam aku bersamamu untuk berterawih dan bertadarrus, bertahajjud, berzikir,bermunajat dan beristighfar.

Setiap hari ku perbanyakkan amalan sunat supaya aku dapat mencari keredhaanNya. ternyata kehadiranmu memberi erti yang amat bermakna buat diriku.
kau telah mentarbiah, mendidik, membimbing, memimpin aku untuk menjadi insan yang soleh dan solehah... terima kasih kuucapkan kerana membawa aku dekat pada Allah swt. InsyaAllah aku akan tetap bersamamu untuk mengadap yang Kuasa, menyatakan kesyukuran diatas nikmat pemberian.

ku harap kau tidak lagi bersedih dengan sikapku, maafkan aku diatas kesilapan yang lalu, doamu telah termakbul untuk melihatku kembali sebagai seorang hamba yang taat pada Allah.
sebelum berpisah ku harap kita akan terus dipertemukan oleh yang Maha Esa untuk kita bersama berjuang menuju keredhaan dan mencari cinta kasih dari Allah swt dan untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan didunia dan akhirat.
Jazakallahukhairan khasira...wassalam


salam mujahdah bil iman wat taqwa…
barakallahu fiikum..
RAMADHAN KAREEM…!!!

0 comments: